:
:

Karnival Jom Heboh diiktiraf oleh The Malaysian Book of Records sebagai “LONGEST RUNNING OUTDOOR CARNIVAL”

Karnival Jom Heboh (KJH) bermula sebagai “Sure Heboh” telah berlangsung selama lebih 2 dekad sejak 2003 dan terus menjelajah ke seluruh Malaysia. KJH kini telah sinonim dengan rakyat Malaysia, dimana acara terbesar ini adalah tempat untuk mereka meluangkan masa berharga bersama keluarga dan rakan-rakan.

KJH menarik lebih daripada 300,000 pengunjung di setiap lokasi yang diadakan. Dengan penglibatan lebih 150 jenama popular di setiap lokasi, KJH merupakan platform utama bagi jenama tersebut untuk mempromosikan produk dan servis kepada semua pengunjung. Ini adalah satu tarikan utama untuk pengunjung merasai pengalaman membeli-belah yang tidak ada di tempat lain.

Setiap lokasi KJH juga dipenuhi dengan lebih daripada 50 selebriti tempatan, yang terdiri daripada hos popular program di TV3, penyampai berita Buletin Utama TV3, penyampai radio terkemuka dari Hot FM dan juga barisan penyanyi popular yang sentiasa memeriahkan 2 malam Konsert Jom Heboh!

KJH juga menawarkan pelbagai aktiviti santai dan interaktif yang berunsurkan kekeluargaan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Antara aktiviti yang menarik ialah pertandingan mesra kanak-kanak, pertandingan e-sukan, bola jalanan untuk golongan belia dan banyak lagi.

Aktiviti Menarik

Galeri

@Karnival jom heboh

Dapatkan gambar ceria anda di sini!

Klik di sini untuk mendapatkan gambar anda

Daftar sekarang untuk peluang memenangi hadiah menarik

ANDA SME, NAK SERTAI KAMI?

Nama
No Telefon
Email
Produk

Talian Hotline: 017-7304003

Emel: [email protected]